assalamualaikum..
saya bukanlah breeder ataupun mempunyai cattery..tetapi kawan saya adalah salah seorang breeder bengal terkenal di malaysia dan asia..
oleh itu saya bagi persoalan awak ini kepada dia..
ini antara jawapan beliau..
kucing tu tetap kucing kampung sebab alc yg dia dapat tu takde permit
kalau ada permit kita boleh register kucing tu dgn TICA
nanti dgn no permit tu tica akan buat pengesahan dgn wwf
atau perhilitan
maka dr sana TICA akan keluarkan cert
apa yg penting disini adalah permit
permit khas dr jabatan perhilitan negara malaysia, (selagi tiada permit anak yang dihasilkan tidak boleh diiktiraf sebagai bengal)kami tak iktiraf kucing itu selagi tiada surat hitam putih dr jabatan perhilitan yg berkuasa memantau kucing2 hidupan liar.
kucing utk di kawinkan dgn ALC pun adalah kucing2 local yg didaftarkan utk hasilkan bengal, org2 putih(imported) ni bukan ambik kucing pasar, tapi kucing local yg didaftarkan sebagi local breed yg berkualiti ada cert juga. bebas penyakit keturunan, FIP,FIV, byk faktor dititik berat dlm penghasilkan bengal yang berkualiti. Bukan mcm kucing biasa yang vaksin kemana, deworm kemana entah2 pembawa penyakit yg merbahaya. mat salleh ni labur duit byk buat kajian, bukan mcm tempat kita. Dia org breed kucing dgn ilmu pengertahuan, belajar pasal genatik kucing. bukan suka2 nak breed.
Perlu diingat. Kucing yg tidak tau asal keturunannya menyumbang 70% pembawa penyakit keturunan atau penyakit-penyakit lain yg boleh memusnahkan kualiti kucing-kucing itu sendiri. sebab tu kami sebagai breeder amat titik berat soal tu. Anda jgn bandingkan harga kucing yg terhasil dr secara semula jadi dengan kucing pedigree. Walaupun sama tapi kualitinya jauh berbeza. Bloodline kami bersih dr penyakit2 yg tidak diingini. Bagi saya walaupun org nak bagi kucing percuma kena pikir 100x.
Adakah dia yakin kucing yg anda nak jual rm2000 tu jaminan bebas 100% dr penyakit merbahaya atau tidak ? kalau anda tak boleh bagi jaminan maka kucing itu hanya layak dijual seperti kucing biasa sahaja.
So anda jangan mudah nak melenting kalau ada org nak minta less yg gila2. memang patut pun. kalau terjadi apa2 kat kucing tu takde lah ralat sgt sebab harga pun murah. betul tak?kalau kucing yg anda nak jual tu pembawa FIP maka org yg membeli itu menanggung risiko yang amat besar. lebih2 lagi kalau ia pnternak kucing. lebih teruk lagi kucing yg anda nak jual tu pembawa FIP maka org yg membeli itu menanggung risiko yang amat besar. lebih2 lagi kalau ia breeder kucing.
bukan senang nak jadi profesional breeder. kalau takat nak jadi BYB ( backyard breeder tu tak kesah ler) anda sanggup tak hantar darah(kucing) ke USA buat blood test utk pengesahan penyakit utk kucing baru yg nak mulakan breeding?. bukan sikit belanja tu beribu-ribu. dan kalau anda sanggup keluar duit utk itu mau tak anda jual kucing tu dgn harga 2k ? rasanya kalau anda jual kucing tu dgn harga 2k tak lepas budget yg keluar utk bayar cost blood test kat usa tu.
kami bukan mengagung2kan breeder luar(imported) cuma kami menghargai dan mengkagumi cara mereka bekerja. dan hasilnya adalah kucing yang berkualiti.
sebelum anda memberikan kritikan kepada breeder2 ni lebih baik anda mengkaji dulu..apa erti pedigree. kenapa breeder meletakkan harga yang tinggi. kenapa anda tidak boleh menjual apoi dengan harga 2k( anda membelinya dengan harga 200)
anda memang tidak boleh membandingkan kucing anda itu dengan kucing2 yang dihasilkan oleh breeder..terutama yang imported. saya harap anda dapat belajar lagi mengenai bengal (pedigree) sebelum memberikan sebarang kritikan..
tq..
untuk mempelajari mengenai bengal anda boleh melawat ke blog kawan saya..
http://www.kittunkatz.com ,
http://yeng96.blogspot.com/