Assalamualaikum Mohd Azam,
Saya tak faham sebenarnya apa yang ingin saudara sampaikan disini.
1- Luahan perasaan bila pembeli minta diskaun?
2- Anak kucing tempatan yang tiada cert tidak diiktiraf?
3- Simpati pada kucing hutan yang terbiar di Perkampungan orang asli?
Jika masalahnya no1, maka anda kena sedia maklum, itu resam berniaga. Sedangkan jual kain rm50 di pasar malam pun orang minta diskaun, apatah lagi kucing yang tiada cert dijual rm2000. bukan masalah mentaliti tapi itu resam perniagaan.
Jika masalah no2, maka saya syorkan Saudara cari ikhtiar untuk mendaftarkan kucing itu. Sekiranya ciri-cirinya seakan bengal kualiti yang baik dan kesihatan telah terbukti bagus oleh pejabat veterinar, saya rasa setelah melalui beberapa tapisan, saudara boleh mendapatkan cert untuk kucing tersebut. Bear in mind the cost that you might spend for the process.Saya kurang arif tentang perkara ini kerana bukan breeder, maybe you could do more research.
Tentang isu cert.. saya just nak saudara fikir sndiri kepentingan birth cert untuk manusia. Tanpa sijil nikah yang sah, anak yang dilahirkan tak dapat didaftar. Anak yang tak ada birth cert tak boleh masuk sekolah, tak boleh buat IC. So bukan masalah menganaktirikan baka tempatan atau tidak, masalahnya cert itu mmg penting utk dunia sekrang untuk pengenalan diri dan keturunan.
Kalau Saudara ada masalah no3, iaitu simpati pada nasib2 kucing itu, saya syorkan saudara masuk
http://wikimapia.org/ dan track kawasan yang disyaki tempat kucing itu menjadi mangsa terbiar. Di site ini ceruk mana pun magnitudnya boleh dijejaki. Tapi again, mereka kucing campuran kucing hutan. Mereka lebih selesa di habitat yang hampir dengan hutan berbanding dalam sangkar di rumah. if you betul-betul simpati, pada pandangan saya, kehidupan mereka di sana mungkin jauh lebih baik berbanding terlepas ke tangan breeder yang tidak bertanggungjawab.
Saya fikir.. kalau benar saudara menghargai nilai kucing-kucing ini, dan ingin menjual mereka pada nilai rm2000 kerana itu nilai semasa, adalah lebih afdal jika saudara sendiri bayar nilai tesebut pada orang asli yang jual kucing itu pada saudara. Mungkin orang asli tidak tahu nilai sebenar kucing itu maka dia let go dengan harga rm200, adalah menjadi tanggungjawab saudara untuk menyedarkan dia atau membayar dia harga setimpal dengan kucing yang telah saudara ambil dari dia.
Sekadar 2 kupang. Sorry for any offense.