Quote:
Originally Posted by yesmaybeno
apa yg saya ingin tahu,
1) pada usia berapakah harus saya lepaskan mereka kembali ke habitat mereka??
2) haruskah saya serahkan mereka kepada PERHILITAN???
3) benarkan PERHILITAN tidak lg mengeluarkan lesen utk memlihara kucing hutan???
4) apakah makanan terbaik yg harus saya berikan kepada mereka????
5) jika ada pihak ke2 yg ingin memelihara n menjaga mereka, perlukah saya izinkan??
saya betul2 mengharapkan pandangan n pendapat sesiapa yg sudi membantu.. terima kasih...
** buat sementara ni, saya akan jaga mereka sehingga mereka berhenti menyusu...
|
salam zul,
1) kalau nak lepaskan anak-anak kucing tu balik ke habitat asli, pastikan zul mampu ajarkan mereka (terlebih dahulu) cara2 memburu, menangkap binatang2 (kecil) lain...kalau tak mesti anak2 kucing tu 100% kelaparan bila dah dilepaskan nanti. usia yang sesuai untuk melepaskan mereka: 1 tahun (+)
2) & 3) buat masa ni perhilitan memang tak mengeluarkan lesen untuk pemeliharaan kucing hutan (mereka dianggap haiwan terlindung). sama ada zul ingin serahkan pada perhilitan, terserah pada zul. saya syorkan zul buat kajian/bacaan sikit tentang pengalaman orang2 lain. setahu saya pihak perhilitan memang berpengalaman dengan kes2 penemuan anak kucing hutan macam ini.
4) 100% mentah. mereka tidak boleh diberi makanan kucing komersial (boleh mengakibatkan masalah sembelit, buasir, etc). kucing hutan ni tak banyak minum air, 80% sumber air mereka datang daripada binatang kecil yang dimakan (darah, etc). daging ayam cukup sesuai...tapi zul kena pastikan daging tu segar dan tidak mengandungi hormon/chemical (seperti yang kita beli kat tesco, supermarket lain, etc). kalau silap bagi makan nanti, dorang boleh dapat masalah cirit2, kurap, etc.
5) biasanya anak2 kucing hutan yang depelihara ni tidak hidup lama, kebanyakanya disebabkan owner2 tak pandai/tak berpengalaman/menyangka bahawa penjagaan dan keperluan mereka SAMA seperti kucing biasa...memang TIDAK. bila dah besar/cukup umur, karakter kucing hutan ni akan bertukar...tak kira semanja mana bila kecil, dorang akan lupa penjaga @ "tuan" sendiri. kucing liar sejinak mana pun, tetap kucing liar.
p.s:
tahniah pada zul kerana menyelamatkan dan sanggup menjaga mereka... :)
harap2 info yang saya tulis di atas ni boleh membantu zul membuat keputusan yang baik untuk masa depan anak2 kucing tu nanti. good luck!