KUALA LUMPUR - Pemilik kucing yang disaman Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan mengabaikan empat ekor kucing Parsi peliharaannya diminta membayar kos rawatan dan penjagaan haiwan tersebut sebanyak RM38,000.
Ketika hujahan di akhir kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor memohon mahkamah memerintahkan Abdul Rashid Mohd. Othman (gambar) menanggung kos tersebut sejak haiwan itu diambil oleh JPH pada 21 September 2005 hingga 2 Januari lalu.
Abdul Rashid, 54, yang menghadapi empat tuduhan mengabaikan anak-anak kucing miliknya, didakwa melakukan kesalahan itu pukul 12 tengah hari, 21 September lalu di sebuah rumah No. 65, Jalan Wan Malini 1, Sri Petaling di sini.
Ini merupakan kes pertama seorang pemilik kucing didakwa di mahkamah kerana mengabaikan penjagaan haiwan peliharaannya sehingga dua ekor kucing tersebut mati walaupun telah diberikan rawatan oleh JPH.
Dia didakwa mengabaikan seekor kucing betina berwarna hitam dan putih, seekor kucing jantan warna kuning dan putih, seekor kucing betina campuran warna kelabu, putih dan kuning serta seekor kucing jantan berwarna putih dan hitam.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_07.htm
__________________
Please review Petfinder Forum Rules , or if you are new, or have not yet read them, please get familiar with them. Thanks.
Petfinder Forum rules
Sometimes,things in life are out of our control. We just need to accept the fact.
Rocky, Ricky and Rusty is my best friend.