Saya pun nak kongsi pengalaman saya kepada anda semua. Memandangkan kucing saya tak pernah cukup susu, saya terpaksa beri susu tambahan kepada anak2 yg baru lahir. selalunya susu ibu mereka hanya bertahan seminggu dua jer. lepas tu dah kurang....kite akan perasan bila baby tu agak kecil perutnya. saya pun akan jadi risau la...maklum la sayang sangat kat baby yg cute tu.
so saya beli botol susu kecil dan susu dalam kotak yang khas untuk baby kucing so tak payah bancuh. susu ni lebih sesuai sebab larutannya sebati tak de ketul2....bau susu tu pun hampir macam bau susu kucing asli....tak macam susu serbuk lebih kepada bau soya. masa tu beli kat pet shop kat desa pandan. Harga dalam rm 6 sekotak.
Mula2 bagi susu agak susah sikit. baby tu tak nak minum, nak pegang lama-lama pun kesian pulak badan mereka masih lembik. so kena lakukan banyak kali percubaan. letakkan sikit kat bibir bagi jilat..lepas tu sumbat puting botol tu kat mulut mereka sikit2 jgan paksa.mulanya mereka gigit2 then palingkan muka mereka tanda tak nak la tu. letak sekejap baby tu kat ibunya. then ambil semula cuba sekali lagi. kadang2 mungkin sebab dah kenyang....
lama kelamaan mereka akan pandai hisap puting tu tapi sekejap jer dalam beberapa saat. masa tu dah rasa lega sikit. sehari dua selepas tu dah pandai...sekor habis suku botol. perut mereka pun dah buncit2. hati jadi senang and happy. lama kelamaan bila nampak jer i, nangis minta susu. i jadi ibu kedua pulak dah....tak pe janji happy.
nostalgia yg tak leh lupa.....sekarang mereka dah besarla...manja sangat dgn i