Hi didie,
Saya rasa lebih elok biasakan kucing makan makanan yang dibuat khas untuk mereka seperti IAMS, RC..etc. Semua khasiat yang penting untuk kesihatan kucing telah dimasukkan ke dalam resipi penyediaan makanan tersebut.
Kalau nak bagi daging/ayam/ikan rebus pun boleh, tapi biarkan jadi 'treat' masa-masa tertentu. Sebab kalau dijadikan kebiasaan, memang kucing tak mahu makan IAMS lagi. Biasalah...yang rebus kan lagi sedap? Lagipun nanti khasiat tak cukup.
Teknik saya ialah, seminggu sekali saya akan campurkan beberapa ketul ayam rebus ke dalam wetfood Whiskas yang kucing saya biasa makan. So die akan rasa macam ade "bonus" hujung minggu