Apakah yang menyebabkan terjadinya masalah bulu kucing selalu gugur.
Masalah bulu kucing gugur selalu terjadi pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang. kebiasaannya kucing mengalami keguguran bulu setahun sekali dan serentak dengan pertumbuhan bulu baru.
Bulu kucing melekat pada sofa,kusyen,bantal adalah merupakan perkara biasa pada kucing. tetapi sebagai pemilik kucing,pasti masalah ini mendatangkan kerisauan jika ianya bererusan. sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bulu kucing ini gugur, antaranya ialah :
1. Kucing di jangkiti kutu / lices
kucing yang dijangkiti kutu/lices ini biasanya akan gatal dan akan menggaru dengan kuat. ini menyebabkan bulunya mudah gugur.
cara untuk mengatasi nya ialah dengan menggunakan spray semburan ubat kutu yang boleh didapati dari veterinar atau kedai haiwan. semburkan pada kucing dan ulangi lagi semburan dalam tempoh 48 jam. ini kerana telur kutu akan menetas lagi dalam tempoh tersebut. (aktif) seeloknya tempat kucing juga perlu di bersihkan kerana kemungkinan telur kutu juga berada di tempat tersebut.
2. Fungus.
kucing yang dijangkiti fungus akan menyebabkan sel-sel pada bulu akan mati dan menyebabkan bulu kucing mudah gugur. fungus biasanya berbentuk seperti debu.
cara merawat nya ialah dengan memberi kucing anda pil anti fungus atau mandikan kucing dengan syampoo khas.
3. Kurang protein dan vitamins.
kucing memerlukan kandungan protein untuk membina kulit dan bulu yang sihat. anda boleh periksa kandungan protein pada bungkusan makanan kucing anda. anda juga boleh memberi makanan mentah seperti ikan atau ayam yang telah di rebus untuk kucing anda.
4. Suhu
tempat tidur kucing anda mungkin terlalu panas dan tidak sesuai untuk kucing anda. suhu yang panas atau tidak sesuai mungkin menjadi salah satu sebab keguguran bulu. jika cuaca panas,terutama rumah yang beratap zin dan tiada air cond keguguran bulu mungkin agak ketara.
cara mengatasinya mungkin anda boleh pindahkan tempat tidur kucing anda ke tempat lain yang lebih sesuai keadaannya seperti di luar rumah.
5. Bulu kering
kebiasaannya disebabkan kekurangan minyak pada bulu atau penggunaan shampoo yang berlebihan. ia juga boleh berpunca dari pemakanan. makanan berkualiti murah biasanya mempunyai kadar garam yang tinggi yang menyababkan kulit kering dan gagal menghasilkan minyak untuk melembabkan kulit kucing.
berikan makanan yang berkualiti seperti yang dicadangkan oleh kedai makanan haiwan atau veterinar. selalunya harga makanan ini mahal sedikit kerana diimport.
RAHSIA KUCING COMEL