Salam sume..
Saya nak share berita gembira ni dengan semua orang..
kucing betina (sebelum ni saya panggil dia anak kucing) yang bernama Pompy yg baru berusia 10 bulan telah selamat melahirkan 2 ekor anak kembarnya kelmarin. Ini adalah kelahiran sulung buat pompy. Memang agak terkejut sebab sebelum ni ingatkan dia gemuk sebab banyak makan ( sebab umur belum setahun), rupa-rupanye selama ni dia pregnant!
Tapi yang agak merisaukan saya, bila puting susu pompy hanya ada 2 je yang berfungsi. 2 lagi puting susu dibahagian paling bawah bengkak kemerahan. Saya risau sangat..normal ke keadaan mcm tu? perlu ke saya bawa dia ke klinik?
Harap kawan2 kat sini boleh membantu.