Go

Go Back   PetFinder.my > The Animal Corner > Cats & Kittens

Cats & Kittens General information and discussions on taking care of your feline buddy

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 01-27-2009, 10:12 PM
babycico's Avatar
babycico babycico is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Sep 2008
Location: kuala lumpur
Posts: 65
Rep Power: 16
babycico is on a distinguished road
Default kitten for free adoption. Urgent!!!

umur 2 bulan, vaksin belum tapi telah diberi ubat cacing, jantan sangat comel dan manja..harap sesiapa yang berminat boleh hubngi lina di talian : 016-2464862 @ 019-2812791
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	IMAGE_145.jpg
Views:	162
Size:	36.0 KB
ID:	3091   Click image for larger version

Name:	IMAGE_147.jpg
Views:	157
Size:	24.0 KB
ID:	3092   Click image for larger version

Name:	IMAGE_149.jpg
Views:	153
Size:	12.4 KB
ID:	3093  
__________________
~my babies : babycico, mykel, bob, wardina and soraya a.k.a yaya toye~
Reply With Quote
  #2  
Old 01-27-2009, 10:25 PM
babycico's Avatar
babycico babycico is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Sep 2008
Location: kuala lumpur
Posts: 65
Rep Power: 16
babycico is on a distinguished road
Default Re: cerita di sebalik-kitten for free adoption. Urgent!!!

aku letak urgent sbb kitten ni kwn aku yang jumpa..adik2 beradik kucing ni tak tau dah kemana mungkin ada org amik bela atau jiran nya dah ambil buang..ceritanya begini: asalnya kwn aku nak amik bela kitten ni n ibunya sekali tapi disebabkan jiran depan rumah sewanya (apartment) dah ugut utk buang kucing2 dia termasuk ibu n kitten ni sekali so dia terpaksa minta aku carikan sesiapa yang boleh adopt kitten ni...kwn aku neh dah ada kucing 3 ekor kat rumah dan kucing dia mmg tak boleh terima kucing lain mcm yang berlaku kes anak bulus aku si yaya tu...tu sebab dia nak sgt2 sesiapa yang boleh beri kasih sayang dan jaga kitten nih....jiran kwn aku ni siap bagi tempoh kat kwn aku neh..kalau cakap baik2 tak pe lah ni siap tendang barang n pasir kat depan rumah kwn aku neh...habis bersepah...mmg tak gentleman langsung..siap berlagak ckp dia neh tentera hebat sgt lah kononnya..lepas tu siap cakap besar yang dia neh ahli jawatankuasa kat apartment tu so dia boleh gunakan kuasa dia nak bawa keluar semua kucing2 kwn aku neh keluar dan dia nak buang semua kucing2 tu tepi jalan...

aku tak paham kenapa ada dalam dunia ni manusia yang hati bebal mcm dia? yang aku cakap dia ni tak gentleman sebab dia neh tunjuk lagak kat kaum hawa...mentang2 dalam rumah tu semua perempuan suka2 hati dia nak tunjuk hebat...pergi surau tiap2 malam tapi sikap perikemanuasian tu langsung tak de...apa jenis manusia entah...

sorry aku emosi sgt2 sbb bagi aku lelaki u mmg melampau sgt2..kepada kwn2 yang berminat dgn kitten ni..please call my friend asap..dia pun dah kelam kabut nak beli rumah lain semata2 nak selamatkan anak2 bulus dia yang lain...kesian aku tgk dia..

kitten ni mengingatkan aku pada mykel (pic) sebab bulu , mata nya yang biru sebiji mcm mykel masa aku jumpa dia kat subang....nilah hasilnya setelah aku jaga dgn penuh kasih sayang...tapi yang ni bkan utk adoption ye
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	IMAGE_907.jpg
Views:	135
Size:	24.1 KB
ID:	3094   Click image for larger version

Name:	mike si gemuk.jpg
Views:	121
Size:	9.8 KB
ID:	3095  
__________________
~my babies : babycico, mykel, bob, wardina and soraya a.k.a yaya toye~
Reply With Quote
  #3  
Old 01-28-2009, 12:55 AM
BabyZee's Avatar
BabyZee BabyZee is offline
.:: Baby, I dig you! ::.
 
Join Date: Jul 2008
Location: Subang Jaya, Selangor, Malaysia, World of Animal Lurve...
Posts: 1,868
Rep Power: 17
BabyZee is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to BabyZee
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

babycico dok area mana?
nape kurang ajar sangat laki tu?nak kata budak2,dah beso gedabak dah..
siap slalu pi surau tu..ingat tuhan nak terima ke kalau manusia ni ada perangai gitu, setakat sembahyang 5waktu tapi hati tak bersih tak guna gak..
sorry la, zee pun emo ni dari apa yang babycico cerita ni sebab dah memang tahap kurang ajar tu...

zee harap ada sape sudi adopt white kitty ni,cute juga zee tengok..
tapi kalau urgent sangat apa kata di samping tu babycico cari fosterer skali?mana la tahu kalau nak cari adopter lama sangat..
kalau bagi orang lain jaga dulu dapatla amik masa lagi sampai jumpa owner baru dia...

ini zee ada jumpa artikel pasal adab dan etika pada haiwan..
apa kata baby cico print besar2 pastu tampal dekat pintu rumah..
biar lelaki yang takde budi bahasa tu baca..
kalau dia tak faham bahasa lagi tak tahu la....
tapi adab hormat perempuan pun tak reti....berapi ni..



Adab Dan Etika Terhadap Haiwan

Muslim yang sejati akan menganggap bahawa semua haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai hak untuk hidup aman di muka bumi. Makhluk ini dihormati dan disayangi semata-mata kasih sayang Allah SWT kepadanya. Berpaksikan ajaran Islam yang syumul, telah digariskan beberapa adab dan etika terhadap haiwan.

1* Memberi makan dan minum, jika haiwan tersebut lapar dan haus

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. “Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya.
(Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” “Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu.
Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya." Sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?" Baginda menjawab: "Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya)"(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: "Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit." (Riwayat Thabrani dan Al-Hakim)

Di dalam hadith lain daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW (sabdanya):
"Bahawa seorang perempuan pelacur melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah mengampunkan dosanya." (Riwayat Muslim)

2* Menyayanginya dan dan berbelas kasih kepada haiwan

Ketika Rasulullah SAW melihat orang-orang menjadikan burung sebagai sasaran anak panah, beliau bersabda: "Allah melaknat siapa sahaja yang menjadikan sesuatu sebagai sasaran." (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih)

Rasulullah SAW melarang menahan haiwan untuk dibunuh dengan sabda Baginda:
"Barangsiapa yang menyakiti ini (burung) dengan anaknya; kembalikan anaknya padanya." (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda sebagaimana kedua hadith di atas kerana melihat burung terbang mencari anak-anaknya yang diambil oleh salah seorang sahabat dari sarangnya.

3* Jika ingin menyembelihnya atau membunuhnya, maka lakukannya dengan baik

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik kepada segala hal. Oleh kerana itu, jika kalian membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika kalian menyembelih, maka sembelihlah dengan baik. Hendaklah salah seorang dari kalian menenangkan haiwan yang akan disembelihnya, dan menajamkan pisaunya." (Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, dan Ahmad)

4* Tidak menyiksanya dengan apa cara sekalipun

Rasulullah SAW bersabda: "Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah. (Riwayat Bukhari)

Di dalam hadith yang kedua:
Rasulullah SAW berjalan melewati rumah semut yang terbakar, kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya siapa pun tidak pantas menyiksa dengan api, kecuali pemilik api itu sendiri (Allah)." (Riwayat Abu Daud)

5* Diperbolehkan membunuh haiwan-haiwan yang membahayakan nyawa

Sabda Rasulullah SAW: "Ada lima haiwan membahayakan yang boleh dibunuh di tempat yang halal dan haram, iaitu ular, burung gaaak yang berwarna berbelang-belang, tikus, anjing yang suka menggigit, dan burung hudaya (sejenis rajawali)." (Riwayat Muslim)

6* Diperbolehkan mengecap telinga hewan untuk kemaslahatan

Rasulullah SAW mengecap unta zakat dengan tangannya yang suci.

Sedang pemberian cap kepada selain unta, kambing, dan lembu, maka tidak dibolehkan, kerana Rasulullah SAW bersabda ketika melihat keledai dicap:

"Allah melaknat oarng yang mencap keledai ini di wajahnya." (Riwayat Muslim)

7* Mengetahui hak Allah SWT dengan mengeluarkan zakat haiwan untuk tersebut, jika haiwan tersebut termasuk sebagai haiwan yang harus dizakati

8* Kesibukan dengannya tidak menjadikan kita lalai terhadap Allah SWT

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingati Allah." (Al-Munafiqun: 9)

Rasulullah SAW bersabda tentang kuda: "Kuda terbahagi kepada tiga jenis, seseorang mendapat pahala (kerananya), seseorang yang mendapat pakaian (kerananya), dan seseorang mendapat dosa (kerananya). Adapun orang yang mendapat pahala kerana kuda ialah orang yang mengikatnya di jalan Allah, dan memperpanjangkan talinya di tanah lapang, atau di padang rumput. Maka apa sahaja yang terjadi pada kuda tersebut di tanah lapang atau padang rumput, maka orang tersebut mendapat kebaikan-kebaikan. Jika orang tersebut memutus talinya, kemudian kuda tersebut berjalan cepat satu langkah, atau dua langkah, maka jejak-jejaknya, kotoran-kotorannya adalah kebaikan-kebaikan baginya, serta kuda tersebut bagi orang tersebut adalah pahala. Orang yang mengikatnya kerana ingin memperkayakan diri, namun ia tidak lupa hak Allah di leher, dan tulang punggung kudanya, maka kuda tersebut pakaian untuknya. Sedang orang yang mengikatnya untuk sombong, riya', dan permusuhan, maka kuda tersebut adalah dosa baginya." (Riwayat Bukhari)

Allahu Ta'ala a'lam...
__________________
" Bad things happen. Trust that good things happen, too.
Sometimes you’ve just got to close your eyes, hold on tight and believe. "
Reply With Quote
  #4  
Old 01-28-2009, 10:54 AM
abzalia's Avatar
abzalia abzalia is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Nov 2008
Location: Kajang-Putrajaya-Kuching-Oya
Posts: 1,949
Rep Power: 17
abzalia is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to abzalia
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

PRINT FONT BESAR paper SIZE A3
BOLd
UNDERLIne
HigHLIGHt
jangan lupa...
font kaler MERAH
kot2 mamat tuh BUTA WARNA..
tp kalo dia BUTA HURUF...
mintak sapa2 tolong baca kuat2 kat TELINGA dia
__________________
.::argh..!! susah2, H.A.N.T.A.MS.A.J.A lahhh.::
Reply With Quote
  #5  
Old 01-28-2009, 10:57 AM
binbin's Avatar
binbin binbin is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Oct 2008
Location: AmPunk....
Posts: 365
Rep Power: 16
binbin is on a distinguished road
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

tampal satu kat surau and satu lg kat sebelah @ dlm lift......
Reply With Quote
  #6  
Old 01-28-2009, 11:18 AM
abzalia's Avatar
abzalia abzalia is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Nov 2008
Location: Kajang-Putrajaya-Kuching-Oya
Posts: 1,949
Rep Power: 17
abzalia is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to abzalia
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

jangan lupa dalam jamban dia...
biar padan muka dia
perasan macho..
..
opsss...sblm kene "sound"..
ampun kan saya pakkkkk
wakakakak
__________________
.::argh..!! susah2, H.A.N.T.A.MS.A.J.A lahhh.::
Reply With Quote
  #7  
Old 01-28-2009, 04:33 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default kitten for free adoption. Urgent!!!

kurang ajar punya malaun.dia ingat dia tentera suka mak bapa dia boleh ugut2 dan buat sesuka ati?? ingat dunia ni dia punya??

aku cadangkan kat ko babycico ko print apa yg si Zee tulis tu pastu buat sebesar2 mata blh tengok,tampal kat seluruh surau dan masjid yg malaun tu pergi.tampal kat dinding nak menghala ke unit dia.klu boleh letak satu kat windscreen keta dia.baru dia tau.biar dia dihantui perbuatan jahat terhadap binatang. kdg2 aku tak paham dgn org2 mcm ni.siang mlm sembahyang tunggang langgang tp perkara asas lain durang lupakan.
Reply With Quote
  #8  
Old 01-29-2009, 12:22 AM
shareen_natasha's Avatar
shareen_natasha shareen_natasha is offline
Mamiauww...
 
Join Date: Jan 2009
Location: Puchong Utama, Selangor
Posts: 917
Rep Power: 16
shareen_natasha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to shareen_natasha
Angry Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

Quote:
Originally Posted by abzalia View Post
PRINT FONT BESAR paper SIZE A3
BOLd
UNDERLIne
HigHLIGHt
jangan lupa...
font kaler MERAH
kot2 mamat tuh BUTA WARNA..
tp kalo dia BUTA HURUF...
mintak sapa2 tolong baca kuat2 kat TELINGA dia
tampal aje kt dlm umah dia, bilik tdo dia, hatta toilet dia pun... lg best wat wallpaper kt keta dia.... hahahahhahahahaha..
manusia xdak akai ka??? p surau, smayang tongeng tbalik...otak buh kt tapak kaki...
Reply With Quote
  #9  
Old 01-29-2009, 12:55 AM
Amara's Avatar
Amara Amara is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 8
Rep Power: 0
Amara is on a distinguished road
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

Quote:
Originally Posted by babycico View Post
umur 2 bulan, vaksin belum tapi telah diberi ubat cacing, jantan sangat comel dan manja..harap sesiapa yang berminat boleh hubngi lina di talian : 016-2464862 @ 019-2812791

Kalau nak tumpangkan sementara tu Inshaallah saya sedia membantu, sms to my hp: 0192663746....kalau nak adopt terus tak dapek lahhh sebab dekat umah pun dah ada 13 ekor nih...
__________________
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

http://pets.groups.yahoo.com/group/kucing_ku
Reply With Quote
  #10  
Old 01-29-2009, 11:02 AM
azris azris is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 94
Rep Power: 16
azris is on a distinguished road
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

i am sorry to hear what happened...kurang ajar sungguh mamat tu...takpa hari ni dia.. hari ni dia tergamak suruh buang anak kucing...who knows one day anak2 dia tergamak buang dia pulak...what goes around comes around... kan ada kisah perempuan yang masuk neraka sebab aniaya kucing....sayang kucing tu kira ikut sunah nabi tp xnak plak dia ikut...kdg2 org berilmu ni bila tak amal/praktikkan ilmu dia jadi mcm mamat tulah...hati kering...i agree with their suggestions...print besar2 buat ala2 poster..tampal kat mana mamat tu pergi...pelik manusia heartless mcmnie pun bleh lantik jd ajk penduduk....
btw dalam poster tu u can insert these hadiths too

Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.

Dalam sebuah hadis yang juga riwayat Bukhari bilangan 3208, rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu. Kita mungkin bertanya, bukankah anjing itu najis mughallazah (berat). Sentuhannya mewajibkan basuh tujuh kali menurut mazhab Syafie, salah satu daripadanya hendaklah dengan air tanah.

Masalah yang berbangkit dalam hadis di atas bukan soal najis atau tidak najisnya anjing, tetapi simpati dan sikap perikemanusiaan terhadap haiwan itu. Islam adalah agama rahmah dan kasih sayang terhadap semua makhluk, sama ada haiwan atau manusia, muslim atau kafir.



hope a good samaritan would come along to rescue the poor kitty.... send him/her my big love and cuddle :)

Last edited by azris; 01-29-2009 at 11:15 AM.
Reply With Quote
  #11  
Old 02-01-2009, 10:08 PM
babycico's Avatar
babycico babycico is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Sep 2008
Location: kuala lumpur
Posts: 65
Rep Power: 16
babycico is on a distinguished road
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

thank you very much la kwn2 for ur opinion n support...aku skrg duduk kat kuchai lama...yang kucing n kwn aku neh duk kat bandar sri permaisuri (rumah sewa lama aku masa bujang dulu)..aku rajin juga lepak2 kat sana kalau laki aku ada hal kat situ..kdg2 kawan aku rajin call n msg aku kalau nak mengadu apa2 masalah pasal kucing..laki aku hari tu siap nak gie sana nak belasah mamat tu..tapi tu lah takut kang masuk campur entah hapa2 dia buat kat kwn aku tu....kesian aku...tapi aku btl2 harap mamat tu sedar apa yang dia dah buat..mudah2an diberi hidayah...amin...

setakat ni kitten tu masih lagi ada kat kwn aku..aku pun tak sempat lagi nak tanya pasal kitten tu lebih2 sbb aku pun tgh pening kepala neh nak kena pk pasal kete aku accident...tu lah tak sempat nak update lagi ngan kwn aku neh...nanti apa2 hal aku update ye...

kepada yang baik hati....tolonglah amik bela kitten neh....playful..manja dan comel...
__________________
~my babies : babycico, mykel, bob, wardina and soraya a.k.a yaya toye~
Reply With Quote
  #12  
Old 05-31-2010, 03:33 PM
nur azua nur azua is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Apr 2010
Location: KL..but right now stay in Shah Alam
Posts: 530
Rep Power: 14
nur azua is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to nur azua
Default Re: kitten for free adoption. Urgent!!!

Hello! hope kucing ni x diberi kepada insan3 yg jahat mcm ape yg member PF tgh bincang skrg..hope dijadikan pengajaran..jgn spi diberi pd org yg amik secara free then dia jual beratus3..fuhh! takot sgt klu jd lg cm ape dh jd kt Miss Anzz..n plz neuter the cat..or sape je yg nk adopt must be the neuter cost..hope this will help u finding a good adopter for this cat..
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Kittens 4 adoption Mia_Katz Rescuers & Fosterers 25 02-27-2009 11:45 PM
6 Small Kittens For Urgent Adoption. Help Please. schilazz Rescuers & Fosterers 4 02-08-2009 03:41 PM
[PENANG] 1 Dog and 1 Kitten For Adoption JScott Dogs & Puppies 0 01-04-2009 10:19 AM
7 gorgeous pups for adoption - URGENT! foxtress81 Dogs & Puppies 2 12-31-2008 03:42 PM
Free Australian Kelpie adoption( Only offer to penang people) dog is my buddy General Discussion 11 10-14-2008 11:50 PM


All times are GMT +8. The time now is 07:49 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.