Quote:
Originally Posted by Kitten
Hey guys. Saya baru mula menjaga seekor female kitten. Saya jumpa dia pada 09 Januari. At first saya tak tahu apa-apa. So saya bagi dia makan kibbles jenama Friskies yang khas untuk anak kucing. My mom pun ada bagi dia ikan mentah without the bones.
A few days later saya mandikan dia sebab dia terpijak tahi dia sendiri. Lagi pun dia ada fleas. Selepas mandi, dia berubah. Dah tak playful, asyik tidur dan tak nak minum air. Saya risau jadi saya bagi dia makan canned food jenama Friskies untuk adult (tak ada yang kitten punya) and tambah air sedikit supaya dia tak dehydrate.
Alhamdulillah after 3 days dia okay balik. Betul ke tak boleh mandikan kitten? Kalau dia ada fleas macam mana? Saya salah sebab tak guna air suam. After mandi saya balut dia lama-lama guna towel sebab kesian tengok dia menggigil. Mungkin temperature badan dia drop sebab tu.
25 Januari, saya bawa dia pergi Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk deworm, deflea dan vaccine tapi doktor cuma deworm je. Dia kata datang 2 weeks lagi untuk vaccine. Untuk kutu pulak, beli spray atau ubat titik kat petshop. Saya beli ubat kutu jenama Anidest (spray). Doktor estimated umur dia ni dalam 2 months, berat badan pulak 1 kg kalau tak silap saya.
Keesokannya saya mandikan dia sebab nak guna ubat kutu tu. Saya guna air suam. Selepas mandi saya lap-lap sikit badan dia dan teman dia keringkan badan bawah panas matahari. Alhamdulillah okay, tak jadi macam hari tu. Cuma saya masih lagi jumpa kutu, tak sure sama ada Anidest tu tak berkesan atau belum berkesan sepenuhnya lagi. Saya ada cari Frontline atau Advantage tapi tak jumpa.
Tak lama lepas tu saya dapat tahu yang commercial food dan makanan mentah tak bagus. Sekarang apa-apa pun saya rebus dulu before bagi dia. Saya nak tahu makanan apa yang paling bagus untuk anak kucing? Saya nak beli evo, tapi protein dia tinggi sangat. Takut dia diarrhea. After deworm dia diarrhea 2 hari. Nasib baik dia banyak minum air. Tapi tak silap saya diarrhea after deworm common kan?
Mana paling bagus untuk kitten? Orijen, Royal Canin, Cat's Eye atau Blackwood? Saya tinggal kat Kuantan. Susah nak jumpa premium food. Kibbles dan canned food mana lagi elok? Whiskas Junior yang pek kecil tu okay tak?
Badan dia agak kurus tapi perut dia buncit. Mula-mula saya syak cacing tapi lepas dewormed macam dia still maintain buncit. Mak saya kata jangan risau, dia nak membesar. Tapi saya risau sebab perut je yang besar. Selain cacing, bunting dan kuat makan, apa sebab kucing buncit ye?
Brewer Yeast okay tak untuk bagi bulu cantik dan shiny? Bulu dia kusam sangat, sedih tengok. I heard brewer Yeast pun okay untuk cegah flea tapi bahan ada garlic jadi saya was-was nak beli untuk dia. Selain Brewer Yeast apa lagi okay untuk bulu kucing? Dan kat Kuantan mana mudah nak beli?
Apa-apa jawapan pun saya hargai. Sorry panjang sangat dan terlalu skema sangat ayat sebab saya cuma nak orang senang faham. Karang guna ayat rempit susah pulak nak faham. Lol. Thanks!
|
Hi, bagi saya kalau untuk schedule mandikan adult/kitten, if indoor sebulan 2x, outdoor (freedom/caged) sebulan 4x. kalau dia umur dalam 2 bulan, mostly kitten memang akan ada fleas, cara nak mencegah, beli shampoo untuk fleas & elakkan kitten keluar dari rumah selalu.
kalau boleh elakkan pakai ubat kutu Frontline atau Advantage, sebab Frontline untuk adult cat sahaja, Advantage untuk umur 4-5 bulan ke atas. sebab ubat kutu jenis macam ni, kesan dia kuat, sebab doktor kat UPM cakap, if letak ubat ni time kitten bawah 4 bulan, boleh gugur bulu @ sakit..
Macam semua 6 kucing saya (1 mom, 5 kitten) , saya bagi makan Blackwood. Alhamdulillah, gemuk sihat walafiat, lagi tak bagi makan, selagi tu mogok 1 rumah/caged sepah
lepas di deworm kan memang akan diarrhea for few days sebab nak keluarkan cacing dalam perut dia. ALSO, ELAKKAN BAGI WET FOOD selalu, sebab wet food lah punca kucing akan kecacingan dengan cepat. (based on my experience) apa-apa pon try ajar jugak bagi makan kibbles, it's for their own good. kalau nak jugak bagi wet food, do schedule like i do.
setiap seminggu, kasi sekali dua je wet food
(1 tin 400g - kalau kucing banyak.) - ini pon agihkan bagi sama rata (better gaulkan bersama nasi)
(1 tin 80g - kalau kucing seekor je)
gaul wet food dengan nasi tu kasi balance, jangan nasi lebih or wet food lebih, sebab kucing pon picky jugak macam manusia, nak yang sedap je.. for first time bagi kucing makan with schedule, bila kucing start makan, kita perhatikan dia sampai dia habis makan. dengan cara tu, next time kita boleh anggarkan berapa banyak dia akan makan dalam 1 masa tu. some cat doesn't care kalau diaorang tinggalkan makanan dieorang tapi akan berulang kali makan, but some cats don't. so, behavior ni kena di titik berat kan lah.
Hoping this would help you :)