Go

Go Back   PetFinder.my > Reviews, Notices & Stories > Hall of Shame

Hall of Shame There are lots of cruel and inconsiderate people out there. Expose their cruel deeds to the world and let them be shamed!

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-20-2015, 02:52 PM
hafeez hashim hafeez hashim is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2015
Posts: 19
Rep Power: 0
hafeez hashim is on a distinguished road
Default Memakan kucing bukan satu kesalahan mengikut undang-undang negara.

Tidak salah makan kucing


” Memakan kucing bukan satu kesalahan mengikut undang-undang negara. Justeru pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan ke atas individu yang memakan daging haiwan tersebut,” demikian kata Pengarah Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Mohamed Radzuan Malek.



Tegasnya, sehubungan itu masyarakat perlu membetulkan persepsi terhadap fungsi DVS sebelum sewenangnya menuding jari ke arah kerajaan berkaitan semua permasalahan haiwan termasuk kes kucing dimakan oleh manusia.



Beliau menjelaskan, bukan DVS tidak menerima aduan. Bagaimanapun mengikut prinsip penguatkuasaan, kucing bukan tergolong haiwan ternakan yang diiktiraf sebagai makanan tetapi tidak menjadi kesalahan di sisi perundangan negara jika ada memakannya seperti juga masyarakat lain yang memakan anjing, khinzir atau monyet.



Namun beliau tidak menafikan bukan kejadian haiwan dimakan itu yang menjadi fokus, tetapi adalah tindakan awal si pemakan ketika proses mematikan haiwan tersebut seperti memukul, mencucuk atau menyembelihnya yang didakwa zalim.



“Kita faham tanggapan masyarakat mengatakan berlaku kezaliman tetapi mengikut Akta Binatang 1953, adalah tidak salah perbuatan seperti itu dilakukan sekiranya untuk penyediaan makanan.
“Sama juga seperti kita mengetuk kepala ikan keli ketika menyiangnya,” ujar Mohamed Radzuan.



Beliau menambah, kezaliman yang dilontarkan terlebih dahulu mesti didefinisikan mendalam oleh masyarakat terutama pihak komuniti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib haiwan jalanan. Ia perlu ditafsirkan selari dengan prinsip perundangan yang dimiliki oleh negara ini.



Mohamed Radzuan berkata, satu saluran yang khilaf sekiranya terus menghalakan kepada DVS semata-mata dalam isu makan kucing ini.



“Perlu diingat, DVS bukan berkonsep seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Misalnya ada tempat perlindungan haiwan. Tetapi DVS mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan perundangan ke atas penzalim haiwan bagi melindunginya,” ujar Mohamed Radzuan.
Antara perlindungan daripada kezaliman itu bermaksud seseorang manusia tidak boleh memukul, menendang, menunggangnya secara berlebihan, tidak memberi makan minum secukupnya, menyebabkan penderitaan, memaksa binatang yang sakit membuat kerja dan melagakan haiwan.



Mohamed Radzuan berkata, bahkan pemelihara haiwan tidak boleh memaki hamun atau berkasar ke atas haiwan itu dan beginilah perlindungan ke atas haiwan.



“Tetapi jika kezaliman itu dilakukan untuk tujuan penyediaan makanan bukan dianggap zalim mengikut persepsi undang-undang,” akhiri beliau.

EBOOK KUCING COMEL BAHASA MELAYU
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Senarai Harga Kucing Mengikut Jenis 2013 khai Cats & Kittens 0 02-14-2013 03:10 AM
Drontcal Cat: pemberian ubat cacing mengikut berat kucing. jimstumpilan Cats & Kittens 0 10-18-2012 08:43 PM
Mana satu lg okay, 1st choice or Iams? aqilahQill Cats & Kittens 16 10-13-2011 02:35 PM
saTU IbU DaN LiMa anaK yanG BuLaT 'Foe aDoPtIon' Di MeLaka. tediber Rescuers & Fosterers 1 02-13-2011 08:18 AM
Wajib tengok >>Video kucing terkejut ( try buat dengan kucing anda) nurkasih Jokes & Funny Pictures 2 10-16-2010 04:07 PM


All times are GMT +8. The time now is 04:52 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.