Kucing saya muram walau sudah tak demam.
Saya ada seekor kucing, 7 bulan. Betina. Nama dia Nur Pikachot.
Dia sangat aktif.
Sangat manja.
Tapi 1 hari dia murung aje.
Tak mahu makan.
Tak manu minum.
Saya cuba google untuk find out why.
Ada simptom2 demam.
Tunang sy bawa dia ke Klinik Kerajaan di Cheras the next day.
Dia kena drip.
Doktor gave her ubat demam, and antibiotik untuk seminggu.
Selepas 2 hari, demam dia mmg surut, tapi Pika masih murung, tak mahu makan. Yesterday, saya cuba suap dia makan wetfood, dia tak mahu buka mulut. macam kancing gigi. Kalau dapat masukkan makanan pun, paksa dia makan, mcm bunyi gigi die berlaga2. chattering teeth.
Saya lepaskan die dalam rumah, and she will sure head to bilik air. And baring kat tempat basah.
And yet, die tetap tak mahu minum air. Apatah lagi makan.
Luluh hati saya tengok keadaan dia.
Rasa macam nak tukar badan je, untuk sama-sama tanggung kesakitan tu.
Tolonglah. Tunang saya akan bawa dia ke klinik lagi hari ni. Cuma saya tak mahu terima atas alasan, 'memang lemah sbb die demam'.
p/s : saya nak kepil gambar sekali, tp tak berapa reti. i am new.
|