Go

Go Back   PetFinder.my > PetFinder Lounge > Coffee Room

Coffee Room Gossip on the latest topics or just mingle around and enjoy the atmosphere!

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 06-25-2009, 07:21 AM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Exclamation Wabak Pendermik H1N1

Berikutan peningkatan wabak pendemik penyakit H1N1, ramai dikalangan masyarakat kita bimbang.

Berikut adalah soalan lazim bg menerangkan isu gejala masalah pendemik oleh KMK Kementerian Kesihatan Malaysia...
Sama2 kita berdoa agar negara ini bebas dari gejala ini. Kepada yg disahkan positif H1N1 semoga tabah dan dengar nasihat sebaik mungkin...

A. Berkenaan Penyakit

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung
dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal
dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009
dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit
.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan
(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan
dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit
atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair
pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak tetapi boleh merebak melalui manusia kepada manusia...

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

• SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
• Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun.
• Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut.
• Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
• Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

• Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
• Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan.
• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.

B. Berkenaan Vaksin

1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Belum ada.

2. Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.

3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?

Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

C. Berkenaan Rawatan

1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat
Influenza A (H1N1).

2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?

Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi
perlindungan sepertimana vaksin.

D. Berkenaan Babi dan Influenza A (H1N1)

1. Adakah selamat memakan daging babi dan produk babi?

Ya. Daging babi dan produk babi yang dimasak pada suhu yang betul
(160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

E. Berkenaan perjalanan ke luar negara

1. Bolehkah kita ke luar negara?

WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan. Walaubagaimanapun
perjalanan yang tidak penting, khususnya ke negara-negara yang dilanda wabak
ini perlulah dielak atau ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, langkahlangkah
perlindungan diri yang sesuai mesti diambil.
Mereka yang sakit mesti menangguhkan perjalanan. Sekiranya jatuh sakit
setelah pulang, segera dapatkan rawatan.

F. Berkenaan Tahap-Tahap Pandemik
1. Apakah maksud tahap amaran Fasa 5 yang dikeluarkan WHO?

Pada tahap ini telah ada wabak di peringkat komuniti di sekurang-kurangnya 2
negara dalam satu-satu zon/kawasan/ rantau WHO.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan
(sustained human to human transmission)?

Jangkitan yang berlaku apabila 3 generasi terlibat – iaitu virus disebarkan
daripada individu A kepada individu B dan seterusnya tersebar kepada individu
C.

3. Apakah perbezaan antara ‘kes berkemungkinan dijangkiti’ (probable case)
dan ‘kes disahkan’ (confirmed case)?

• Kes yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ mempunyai gejala-gejala selesema
seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu; dan sama ada positif kepada ujian
influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang
‘berkemungkinan dijangkiti’ atau kes yang telah disahkan.
• Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian
makmal.

4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik?
Pada fasa 6.

Jadi kepada suma forumer...anda dinasihati agar mengikuti langkah2 yg disediakan untuk anda melalui info dari KEMTERIAN KESIHATAN MALAYSIA diatas
Reply With Quote
  #2  
Old 06-25-2009, 07:38 AM
hatemetoday's Avatar
hatemetoday hatemetoday is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Lumayan, Tasik Permaisuri
Posts: 1,155
Rep Power: 17
hatemetoday is on a distinguished road
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

kalau rasa2 baru balik travel dari uk, us, australia, philippines..bdn rasa lain mcm sila2 la terus ke hosp terdekat..dan quarantine la diri anda...sila ingat orang2 keliling..

hari ni bos aku travel p manila..semalam baru amek vaccine...sepatutnye 5 days before travel date baru la ubat jalan...adoi la boss..jgn lupa cover mulot boss...insyaAllah...tapi kalu bos balek dari manila kena korentin 7 hari..kami okey jaaaa...
__________________
Meekee.Boy.Itam.Amad.Acap.Milo.Mimi
Reply With Quote
  #3  
Old 06-25-2009, 08:16 AM
farahnm farahnm is offline
Cayang Kucing
 
Join Date: May 2009
Location: Putrajaya
Posts: 273
Rep Power: 15
farahnm is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to farahnm
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

ni taim kena banyak bersih-bersih.. basuh tangan dengan sabun.. basuh tangan dengan sabun..
Reply With Quote
  #4  
Old 06-25-2009, 08:40 AM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Red face Re: Wabak Pendermik H1N1

hatemetoday : bykan berdoa utk bos..
: wah2, bukan maen sonok lg korank kalo bos kena korantin 7 ari noeeee….repot aih kat bos ampa tu… kompom turun
pangkat sok…hahahaha

farahanim : btul2, basuh kaki skali...
Reply With Quote
  #5  
Old 06-25-2009, 08:59 AM
noor22710's Avatar
noor22710 noor22710 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: May 2009
Location: Sri Kembangan
Posts: 317
Rep Power: 15
noor22710 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to noor22710
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

alamak...takutnyer...anak noor selsema ni....tapi tak demam...tu kira tanda2 gak ke??
Reply With Quote
  #6  
Old 06-25-2009, 09:05 AM
farahnm farahnm is offline
Cayang Kucing
 
Join Date: May 2009
Location: Putrajaya
Posts: 273
Rep Power: 15
farahnm is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to farahnm
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by hashimi View Post
hatemetoday : bykan berdoa utk bos..
: wah2, bukan maen sonok lg korank kalo bos kena korantin 7 ari noeeee….repot aih kat bos ampa tu… kompom turun
pangkat sok…hahahaha

farahanim : btul2, basuh kaki skali...
Haha.. sebelum tido terutamanya
Reply With Quote
  #7  
Old 06-25-2009, 10:06 AM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by noor22710 View Post
alamak...takutnyer...anak noor selsema ni....tapi tak demam...tu kira tanda2 gak ke??
ishhhhh...xder la..
kalo bru pulang dari obersea mgkin ler. xpun der rapat ngan sper2 yg kene..
better bwak ank tu g check.
Reply With Quote
  #8  
Old 06-25-2009, 10:12 AM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by farahnm View Post
Haha.. sebelum tido terutamanya
boley halau toyol gak...hahahahaha..

anyway, hope jga kesihatan.
Reply With Quote
  #9  
Old 06-25-2009, 10:25 AM
noor22710's Avatar
noor22710 noor22710 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: May 2009
Location: Sri Kembangan
Posts: 317
Rep Power: 15
noor22710 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to noor22710
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by hashimi View Post
ishhhhh...xder la..
kalo bru pulang dari obersea mgkin ler. xpun der rapat ngan sper2 yg kene..
better bwak ank tu g check.

Kitaorg dok msia jek...anak kecik lagi...tapi anta nursery...tu yg risau...boleh gi klinik swasta ke atau kena cek hospital kerajaan...sebab kalau denggi, mmg kena gi spital kerajaan...
Reply With Quote
  #10  
Old 06-25-2009, 10:50 AM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by noor22710 View Post
Kitaorg dok msia jek...anak kecik lagi...tapi anta nursery...tu yg risau...boleh gi klinik swasta ke atau kena cek hospital kerajaan...sebab kalau denggi, mmg kena gi spital kerajaan...
dalam bahagian A artikel no.3"

"3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit"

try check blik sintom2 tu.
kalo bab kelinik ngan spital. better spital kjaan. dpa yg war2kn soh g check sana.
Reply With Quote
  #11  
Old 06-25-2009, 10:52 AM
hatemetoday's Avatar
hatemetoday hatemetoday is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Lumayan, Tasik Permaisuri
Posts: 1,155
Rep Power: 17
hatemetoday is on a distinguished road
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by noor22710 View Post
Kitaorg dok msia jek...anak kecik lagi...tapi anta nursery...tu yg risau...boleh gi klinik swasta ke atau kena cek hospital kerajaan...sebab kalau denggi, mmg kena gi spital kerajaan...
ye le noor...skang ni ape2 jek teros ke spital....tengok tak iklan denggi yg bapak dia nanges sbb tak cepat bwk anak pi spital tuh..menitik air mate teman...pandai budak tu blakon...
__________________
Meekee.Boy.Itam.Amad.Acap.Milo.Mimi
Reply With Quote
  #12  
Old 06-25-2009, 11:29 AM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Wabak Pendermik H1N1

alamak!! Shimi,akak ada batuk,flu dan demam tp dlm masa terdekat ni takde gi negara2 yg byk penyakit ni.

Quote:
Originally Posted by hashimi View Post
dalam bahagian A artikel no.3"

"3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit"

try check blik sintom2 tu.
kalo bab kelinik ngan spital. better spital kjaan. dpa yg war2kn soh g check sana.
Reply With Quote
  #13  
Old 06-25-2009, 11:32 AM
noor22710's Avatar
noor22710 noor22710 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: May 2009
Location: Sri Kembangan
Posts: 317
Rep Power: 15
noor22710 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to noor22710
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Nak gi spital kerajaan yg maleh skit...lambat nak tunggu...berjam2...elok2 anak ok...jadi sakit sebab dok tunggu diaorg....
Reply With Quote
  #14  
Old 06-25-2009, 01:22 PM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by June View Post
alamak!! Shimi,akak ada batuk,flu dan demam tp dlm masa terdekat ni takde gi negara2 yg byk penyakit ni.
lorrr....ader contact ngan org yg kna h1n1 x?
dah cek darah?
Reply With Quote
  #15  
Old 06-25-2009, 01:23 PM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by noor22710 View Post
Nak gi spital kerajaan yg maleh skit...lambat nak tunggu...berjam2...elok2 anak ok...jadi sakit sebab dok tunggu diaorg....
sabaq kak noor.. yg penting result dier tu.
nk kna tau positif ke x...
kak noor xleh wat cmtu, ni utk anak kak noor. kna g check gak.
Reply With Quote
  #16  
Old 06-25-2009, 01:28 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Wabak Pendermik H1N1

setau akak takdelah.tp klu durang pergi senyap2 tanpa pengetahuan akak tu walawualam lah.tp akak rasa demam akak ni pasal virus D24

Quote:
Originally Posted by hashimi View Post
lorrr....ader contact ngan org yg kna h1n1 x?
dah cek darah?
Reply With Quote
  #17  
Old 06-25-2009, 01:29 PM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

Quote:
Originally Posted by June View Post
setau akak takdelah.tp klu durang pergi senyap2 tanpa pengetahuan akak tu walawualam lah.tp akak rasa demam akak ni pasal virus D24
ceyh...makan doyan byk sgt la tu....
Reply With Quote
  #18  
Old 08-17-2009, 11:16 AM
hashimi's Avatar
hashimi hashimi is offline
Pencinta Haiwan
 
Join Date: Jun 2009
Location: Alor Star
Posts: 576
Rep Power: 15
hashimi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hashimi
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

UPDATE

Diberitahu sehingga 16 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 213 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 lagi dirawat di ICU. Daripada 33 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Maklumat ringkas mengenai kematian tersebut adalah seperti berikut:-

Seorang kanak-kanak lelaki istimewa (Down’s Syndrome) berumur 6 tahun yang juga mengalami penyakit jantung berlubang, dimasukkan ke hospital pada 09.08.09 setelah mengalami simptom infuenza bermula sejak 06.08.09(2 hari), simptom termasuk kesukaran bernafas. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 09.08.09 dan kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 12.08.09. Kes ini meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan pneumonia with underlying Down’s Syndrome with AVSD and Pulmonary Hypertension.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, dimasukkan ke hospital pada 01.08.2009 dengan simptom demam dan batuk 5 hari serta susah bernafas 1 hari sebelum dimasukkan ke hospital. Kes disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 03.08.09 dan rawatan antiviral telah dimulakan pada hari yang sama. Walaubagaimanpun kanak-kanak ini meninggal dunia pada 14.08.09 disebabkan severe pneumonia.

Seorang lelaki berumur 50 tahun dimasukkan ke hospital pada 03.08.09 kerana mengalami demam, batuk dan sukar bernafas sejak 28.07.09. Dua hari sebelum dimasukkan ke hospital beliau juga mengalami muntah dan cirit birit. Rawatan antiviral telah dimulakan pada 04.08.09 dan kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 06.08.09. Beliau walaubagaimanapun meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh septicemia with severe pneumonia.
Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1), sila beri perhatian wajar atas perkara berikut:

Menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.

Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.

Walau bagaimanapun sekiranya mereka yang bersimptom perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mesti memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.

Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-*88810200 dan 03-*88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 16 Ogos 2009

Arkib
__________________
"Animal are not our whole life, but they make our lives whole."
Reply With Quote
  #19  
Old 08-17-2009, 11:32 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road

Yer ker? Shimi tak dengar ke cerita di mana ada orang (public) mengalami simptom selsema dan telefon Hotline Kementerian Kesihatan pada awal bulan lalu utk bertanya klinik/hospital mana yg boleh public pergi utk buat ujian H1N1 apabila mengalami simptom-simptom selsema tersebut setelah membaca dalam laman web Kementerian utk segera pergi klinik/hospital utk buat ujian? Masa tu mereka tidak ada senaraikan nama-nama klinik/hospital di laman web mereka, cuma suruh orang cepat-cepat pergi buat test kat klinik/hospital ajer.

Orang yg jaga hotline tu kata pergi mana-mana klinik/hospital pun boleh tapi pelanggan tu kata dia dah telefon beberapa klinik/hospital tapi mereka jawab mereka tidak ada kemudahan buat ujian tersebut.

Bila pelanggan mendesak orang jaga hotline tersebut utk memberi nama klinik/hospital yg boleh melaksanakan ujian H1N1 sebab dia dah telefon beberapa tapi mereka jawab tak buat, dia dengar ada orang Kementerian tanya kawan dia, "Siapa tu?" dan orang yg jaga hotline kata, "Tak tahu ... garang, aksyen pulak tu ..." dan terus letak telefon.

Pelanggan cuba telefon balik tapi mereka tak angkat telefon. Macam tu lah perkhidmatan hotline Kementerian Kesihatan, tahu tak?

Sekarang baru kita dapat senarai klinik/hospital di laman web mereka. Tapi mcm tu lah perkhidmatan kerajaan dalam pencegahan dan menangani pandemik tersebut. Mana lah tak teruk H1N1 merebak dalam Malaysia ....

Siapa yg tidak memberi kerjasama sebenarnya ....
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote
  #20  
Old 08-17-2009, 12:00 PM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 18
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Wabak Pendermik H1N1

takut dan risaunya Tuhan saja yang tahu. Sebagai ibu kepada 3 anak, kak zai sgt takut jangkitan penyakit ini pada diri sendiri dan anak2. Sekarang kalau alif nak pergi main bola pun kak zai suruh pakai mask . Dia pandang mama dgn 'hairan' tapi dia bwk juga boh dalam beg bola dia satu mask. Fifi nak gi b'day party kawan ...mama said 'no'...dia puzzled...tapi ikut ckp mama. Call kwn dia. ckp tak jadi datang laaa....sbb ada hal lain. Pandai anak mama cover . Si alia tu yang jauh dok asrama kat mantin. Siang malam call, sms, email dia...pesan mcm2...sampai dia pun ckp..mama dun wori ok...kakak tak apa2..I m fine here..

Doakan la semua anak2, kaum keluarga dan kawan2 kita selamat dari wabak penyakit ini. Amalkan cara hidup sehat dan tak payah la gi tempat2 awam buat masa ni. Kak zai pun dah lama tak gi Giant. Beli barang dapur sikit2 jer kat kedai runcit atau mini market. Beli ayam pun kat ayamas jer ..tak pergi pasar besar taman tun lagi. Kat sana orang ramai...takutt....
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Anyone knows more about Swine FLU A(H1N1) ?? Hazlie General Discussion 5 05-17-2009 12:42 AM

All times are GMT +8. The time now is 07:47 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 
Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams

Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.