Saya jumpa kucing ini yang datang di rumah. Mungkin ada orang yang buang. Keadaanya amat teruk dengan cedera dan kurap yang tebal.
Saya telah membawanya ke Jabatan Haiwan untuk suntikan kurap dan merawat lukanya.
Syukur kurapnya semakin baik. Cuma sedikit luka dalam proses untuk kering.
Saya telah menjaganya lebih kurang satu bulan lebih.
Masalah saya sekarang, si kurap tidak ngam dengan kucing jantan saya. Asyik bergaduh. Itu yg lukanya tidak baik-baik..
Jadi saya mengambil keputusan untuk mencari sesiapa yg sudi untuk adopt dia. Saya tinggal di Melaka.
Dia seekor kucing yg manja, jinak dan mudah di dekati.
Sesiapa yang sudi untuk mengadopt beliau sila hubungi saya melalui emel
mylosermind@yahoo.com atau singgah ke blog saya di
http://myqza.blogspot.com/ dan tinggalkan pesanan dan pertanyaan di shoutbox.
boleh ke
http://www.petfinder.my/pets/12332/ untuk melihat lebih banyak gambar.
terima kasih.