Kucing ini di jumpai oleh seorang kawan di hadapan sebuah kedai runcit. Aku ambil dan tolong jagakan dia sementara ada tuan baru.
Dari seekor anak kucing yang pendiam, lemah dan tidak aktif, beliau menjadi sebaliknya. Amat mesra dan mudah berkawan. Maklumlah aku ada lagi 9 kitten yang hampir sebaya dengannya dan mereka sangat 'playful'.
Aku mencari tuan baru yang ada pengalaman menjaga kucing. Yang sayangkan haiwan dan ikhlas serta jujur menjaganya. Beliau amat comel.
Jantia betina dan umur dalam satu bulan setengah.
Boleh hubungi aku melalui emel. Terima kasih.
Mengenai Dak Kunyit boleh di baca di sini. =))
http://myqza.blogspot.com/2010/10/bu...om-junior.html