Masalah selepas spay
Assalamualaikum. Saya baru spay kucing saya pagi tadi. Tengah hari saya dah bawak balik, dia dah sedar, dia ok, cuma mamai2 kesan ubat pelali. Bila saya masukkan dalam sangkar, dia terkencing, habis basah ekor dan kaki belakang dia, tapi cecair tu takde bau dan warna. macam bukan kencing biasa. dalam pukul 6 tadi dia mula minum air, tapi telinga dia sejuk sangat n luka dia basah (mungkin sebab cecair yg keluar tadi) dan ada kesan darah sikit2. Normal ke?Apa yg perlu saya buat sementara tunggu pagi esok? sebab Vet saya pagi sampai tengah hari je kat sini, separuh hari lagi dia kat klinik lain. Pukul 7 klinik dah tutup. Esok baru boleh jumpa.Tolonglah bantu saya. Terima kasih.
|