pizza roti sardin - simple & cepat dimasak
kat sini saya nak kongsi resepi yang saya baru try tadi.. malam ni hujan, so malas nak keluar..sebab tu cari idea nak masak apa. paling penting, pizza ni tak perlukan oven untuk memasaknya..sebab saya memang tak ada oven kat rumah..hehehe
bahan-bahan:
roti - 3 keping (potong dadu kecil2)
telur saiz L - 2 biji
sardin dalam tin - seketul je ( ambil sekali sos tomato sikit untuk rasa tambahan)
mayonis - 1 susu besar
bawang merah @ besar - separuh (slice halus2)
cili - ikut suka nak letak banyak mana
keju chesdale - ikut suka jgk nak letak ke tak..kebetulan ada dalam peti ais, jadi saya guna la..hehe ( potong dadu kecil2)
sedikit garam
cara-cara:
hancurkan sardin dalam mangkuk, pecahkan telur, kacau sampai sebati, tambahkan bahan2 lain dan kacau hingga roti tu dah serap telur.
gunakan kuali leper yang tidak melekat. ratakan adunan tadi dan masak dengan api yang perlahan.
bila dah kekuningan, balikkan, dan cucuk dengan garpu, bila dah tak melekat tandanya dah masak.
p/s: kalau ada bahan2 lain, boleh tambah ikut citarasa contohnya cendawan, tomato, daun bawang, saderi etc.
|