Re: kata orang tua-tua...
Betul cakap Bareen.
Kajian telah menunjukkan bhw kucing, boleh menyebabkan kemandulan/ menganggu kesuburan wanita. Didapati bhw kucing adalah salah satu penyebab ketidaksuburan wanita yg diakibatkan oleh parasit yang bernama Toxoplasma gondii. Parasit ini disebarkan melalui kucing, dapat menghancurkan sel bernukleus, termasuk sel ovum(telur). Penyakit infeksi oleh parasit Toxoplasma gondii ini dikenal dengan nama toksoplasmosis.
Parasit ini berkembang biak di dalam usus kucing, kemudian telur-telurnya keluar bersama dengan najis kucing. Seekor kucing dapat mengeluarkan berjuta-juta telur toksoplasma dalam sehari selama dua minggu.
Bagaiamana parasit ini boleh menyebabkan mandul? Sebenarnya lebih tepat dikatakan mengganggu kesuburan. Di dalam tubuh manusia, parasit ini akan merosakkan sel-sel yang bernukleus. Secara amnya sel-sel tubuh adalah bernukleus, kecuali sel darah merah, sehingga sel telur(ovum) pun akan dirosakkan olehnya. Disebabkan itu, apabila seorang wanita berada dalam waktu reproduksi dijangkiti toksoplasmosis, kesuburannya akan terganggu. Menyebabkan wanita ini tidak mendapat keturunan, sehingga disangka mandul.
Langkah2 keselamatan yg boleh dilakukan..
1. Jangan beri makan haiwan peliharaan dengan daging ikan dan tulang mentah/tidak dimasak.
2. Mencegah kucing dan anjing berburu burung, tikus dan lalat.
3. Pasir tempat najis kucing sebaiknya dibersihkan setiap hari. Ookista yang mungkin keluar bersama najis kucing memerlukan waktu 24 jam untuk menginfeksi.
4. Setelah mencuci daging mentah, sebaiknya cuci tangan dengan sabun.
5. Untuk wanita yang sedang mengandung jangan mencuci/membersihkan daging/ikan yang akan dimasak.
6. Sebaiknya sayuran mahupun buah-buahan yang akan dimakan dicuci bersih.
7. Jangan lupa mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutama bagi yg tidak menggunakan sudu.
8. Wanita yg mengandung jangan membersihkan tempat najis kucing.
Rujukan: BUKU PARASITOLOGI PERUBATAN
Satu lagi penyebab berlakunya mandul/susah nak dapat zuriat ialah seseorang itu terdedah sinaran berbahaya, seperti pancaran/sinaran radioaktif. Ada kalanya hanya memusnahkan sel sahaja...jika tahap dedahan melebihi boleh membunuh. Kalau dah mengandung, boleh jadi keguguran. Ini disebabkan embrio amat peka kepada sinaran. Ia jug boleh menyebabkan anak yang dilahirkan cacat jika kadar dos sinaran melebihi 50sv. Boleh dikira dengan menggunakan persamaan dibawah, berapa dos yang terkena.
1Sv=100rem
1rem=10miliSv
rem=radxQ
Q=fartor kualiti yang bergantung kpd jenis sinaran
rem=dos setara
rad=dos terserap
Sv=dos setara dalam unit S.I
nilai Q(faktor kualiti mengikut jenis sinaran)
X-ray dan gama=1.0
sinar beta=3.0
neutron terma=3.0
sinar alfa(zarah)=20
neutron cepat=20
Oleh itu awas bagi mereka yang bekerja berhampiran kawasan yang mempunyai tanda amaran sinaran radiaktif.
Rujukan:
1.Prof.Dr.Ahmad Termizi Ramli. Penggunaan sinaran keradioaktifan dan tenaga nuklear. UTM/DBP.
2.Prof.Dr.Husin. Prinsip asas pengesanan sinaran bahaya. UTM.
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
|