Go

Go Back   PetFinder.my > Reviews, Notices & Stories > Hall of Shame

Hall of Shame There are lots of cruel and inconsiderate people out there. Expose their cruel deeds to the world and let them be shamed!

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-20-2015, 03:02 PM
hafeez hashim hafeez hashim is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2015
Posts: 19
Rep Power: 0
hafeez hashim is on a distinguished road
Default Orang myanmar suka makan daging kucing ?

Misteri kucing terbuang di pasar borong Kamunting makin berkurangan akhirnya terjawap.

Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.



orang myanmar suka makan kucing


Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa (gambar) Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.


Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang. “Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.



Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu. Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu?



Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk. Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura. “Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan.

Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing. Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman.

Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing. “Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran. “Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi. “Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing.

Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’. “Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan. “Oh, tidak,” jawab Jimmy.

Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit.

sumber: sinar harian

Ebook kucing comel
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Kucing suka makan tulang eibenstr3 Health, Disease & Diet 0 04-03-2015 11:39 PM
Kucing Hilang Selera Makan..Banyak Makan Rumput Kucing jijigren Health, Disease & Diet 8 08-05-2014 04:27 PM
Help.. Kitten suka makan adult food. orkid84 Training & Behavioral Issues 0 09-06-2012 11:04 PM
mcm mna nk bg kucing ada surat beranak???saya orang bru di sni... cikentaru Cats & Kittens 17 10-14-2009 12:13 AM
Nak Tukar Kucing Suka Sama Suka linda_gamble Cats & Kittens 20 04-01-2009 12:41 PM


All times are GMT +8. The time now is 06:05 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.