meow akk kebanyakkan nya memang gumok2, akk bagi makan blackwood berselangseli dengan nutri edge atau iams, tapi, yang tak best nya, perut masing2 melandut... tak kira yang jantan atau yang betina... kesian pulak tengok, badan besar tapi perut berbuai... dikesempatan ini nak jugak akk bertanya pada yang pakar, kenapa perut tu boleh jadi melandut? baik pada meow yang lepas bebas dalam rumah atau pun yang didalam kandang..
cuba jugak bagi ayam rebus, tapi dia orang tak bernafsu nak makan... tapi, kalau terbau ikan goreng, tak tentu arah dia orang jadinya... jangan tidak, sekali sekala, bagi lah secubit sorang, jangan kempunan...